s i b u k n y a

Picture
29Sept2011

Aku belajar pergigian dan perubatan. Jadi, memanglah sibuk. Jangan tanya macam mana, cuma fahamkan sahaja. Mudah. "LUKISAN KEDAH" kadang kala terpinggir, tahulah kenapa.

t e l e p h o t o   l e n s

Picture
12Ogos2011

Belakangan ni, asyik ber-youtube tentang telephoto lens. Berdasarkan bahan-bahan bacaan dari pengguna-pengguna telephoto yg lain, jgn beli "ikut dan". Ramai yg terjebak dengan lens murah dan akhirnya menyesal dengan hasil gambar. 

S L R   T E R B A I K ?

Picture

5Ogos2011

Ada yang kata foto yang terbaik datang dari SLR yang terbaik. Ada betulnya. Tetapi, kalau penggunanya tak tahu guna? Jadi, tiada foto terbaik jika tiada penggunanya yang kreatif dan berilmu. 

P O t r e t

Picture
4Ogos2011

'Kebanyakkan' pengguna baru SLR, menggunakan SLRnya untuk menangkap saat-saat bersama kawan-kawan. Banyak gambar potret diambil. Di sini, nak kongsi sesuatu. Bila tangkap gambar, cuba guna 'black n white' ataupun 'grayscale' dan variasikan 'angle'. Semoga berjaya!

B o k e h

Picture

2Ogos2011

Apa itu 'Bokeh'? Tanak cerita panjang-panjang. Mudah kata, 'Bokeh' itu 'kabur-kabur' ataupun orang putih kata 'blur'. Jadi, bila tengok foto, ada kesan kabur, "BOKEH!!!"

M E N G A D U

Picture

29Julai2011

Menginginkan yang terbaik sememangnya kehendak semua tetapi mengusahakannya hanya sebilangan. Hasil foto yang cantik masih tidak dapat aku karyakan. Perlukan lebih banyak pendedahan, tetapi, aku terbatas. Ya, kawan-kawan kata aku dapat hampir kesemua yang dikehendaki, aku bersyukur. Hanya ingin mengadu kerana kelebihan yang ada itu, masih tidak dapat dikongsikan kepada mereka kerana hasil foto tidak cukup membanggakan. "Lukisan Kedah" dilakarkan kerana aku sedang mengusahakannya.


C o r e t a n   z a m a n

Picture
29Julai2011. 

Permulaan yang sesuai untuk melangkah maju kehadapan. Mengekspresikan karya diri sendiri untuk umum demi mendapatkan curahan ilmu. Pementasan yang tidak seberapa tetapi cukup sekadar mampu dikongsi bersama. Melakukan perubahan yang baik tidak semestinya memerlukan belanja besar, hanya sekadar perancangan yang rapi sudah memadai. Buat seperjuang, harap dapat hargai "Lukisan Kedah" ini.